Kalau anda berkunjung ke Melaka, amatlah ralatnya sekiranya tak pekena "Ikan Bakar". Ikan Bakar amat sinonim jika anda berkunjung ke Melaka. Tak silap saya, ianya mula-mula diperkenalkan di Medan Ikan Bakar Serkam pada tahun 1980an kemudian dikuti di Umbai, Merlimau, Alai, Duyung, Pengkalan Balak dan beberapa tempat lagi yang saya sendiri tak sempat nak berkunjung.
Kali ini saya cadangkan anda ke Hj. Nasir Ikan Bakar di Muara Sungai Punggur, Alai, Melaka. Terletak 9km dari Bandar Melaka menuju ke arah Muar. Perniagaannya bermula dari jam 6.00ptg sehingga jam 12.00mlm. Sekiranya anda datang pada hujung minggu (malam sabtu/ahad), sebaiknya datanglah seawal selepas maghrib kerana terlalu ramainya pengunjung. Bukan setakat Medan Selera ini sahaja bahkan seluruh Medan Ikan Bakar di Negeri Melaka.Kebiasaan jenis ikan yang popular menjadi pilihan pelanggan adalah siakap, kerapu, jenahak, pari, cencaru dan macam-macam lagi lah. Selain ikan, jenis makanan laut yang popular seperti udang, ketam, sotong dan lain-lain. Boleh juga dibuat menu Tiga Rasa dan masak sambal.

No comments:
Post a Comment