SOLAT SERTA BERISTIREHAT DI MASJID SELAT SELEPAS PENAT MELANCONG DI PERSEKITARAN BANDA HILIR
Kali ini, aku ingin utarakan lokasi yang menarik iaitu Masjid Selat. Masjid ini terletak di pulau buatan yang dinamakan Pulau Melaka. Buat masa sekarang ini Pulau Melaka belum ada penduduk lagi tapi masjid dah ada. Namun begitu, bila buat solat Jumaat, jemaah yang hadir ramai sekali. Bukan lah bermaksud jemaah masjid ini terdiri "orang-orang bunian" tapi jemaah masjid ini terdiri dari pekerja-pekerja yang bekerja di sekitar Banda Hilir, Melaka Raya , penduduk Banda Hilir, pelancong-pelancong serta jemaah yang ingin sesekali berjemaah di Masjid ini. Yang istimewa bila solat masjid ini, tak perlu nak pasang kipas angin sebab tiupan angin Selat Melaka seta bunyi air ombak menambahkan lagi kekusyukan dalam bersolat. Sekali imbas bila tengok masjid ini, seolah-olah terapung di atas air.
Kedudukan Masjid ini memang tersembunyi. Tapi kalau kita nak solat, terselindung macam mana pun bukan menjadi sebab untuk tak nak solat. Bila anda datang ke pusat pelancongan Banda Hilir, datanglah ke masjid ini untuk bersolat dan selepas itu bawalah juadah makan tengahari ke, sarapan pagi ke, makan malam ke sambil menikmati pemandangan indah persekitaran masjid ini. Tenangkan fikiran.
Disediakan wakaf-wakaf (pondok) lengkap dengan meja dan kerusi atau makan sambil bersantai ditepi Menara Masjid. Sampah-sampah hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan. Tong sampah di wakaf tersebut berbentuk perigi (maaf ye, terlupa nak ambil gambar tong sampah tu). Kreatif gak. Pili-pili air disedikan untuk basuh tangan. Jaga kebersihan tau. Islam kan bersih dan bersih itu melambahkan keimanan seseorang.
Diwaktu malam, pemandangan masjid ini begitu indah sekali. Deruan angin dan ombak sungguh mengasyikan.
Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham dari YAB Datuk Seri Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment