Showing posts with label masjid melaka. Show all posts
Showing posts with label masjid melaka. Show all posts

Selamat Datang Ke Melaka! Masjid Tengkera, 1728



Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

photo set bagi masjid ini boleh dilihat disini...

lihat slideshow disini...

lawat juga laman in bagi gambaran yg mengandungi gambar yang menarik..

http://juhalens.fotopages.com/?entry=1555435

video menarik untuk ditonton bersama..kenali masjid2 lama di Melaka.

 

Melaka Straits Mosque

Located in Melaka, a man-made Malacca Island, the Melaka Straits Mosque (Masjid Selat Melaka) was built at a cost of approximately RM10 million, combining the Middle Eastern and the Malays craftmanship.
Melaka Straits Mosque is facing the famous Malacca Strait. It is built on stilts over the water and it looks like a floating structure if the water level is high. This mosque showcase the excellence and glorious modern Islamic architecture. Apart from serving as a place of worship, it has also become a famous tourist destination.
Melaka Straits Mosque is officiated by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail on 24 November 2006. The mosque is currently administered by the Malacca Islamic Council.

LOCATION

Address: Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka
GPS Coordinate: N 2.179692, E 102.249069

Masjid Selat, Melaka

SOLAT SERTA BERISTIREHAT DI MASJID SELAT SELEPAS PENAT MELANCONG DI PERSEKITARAN BANDA HILIR


Kali ini, aku ingin utarakan lokasi yang menarik iaitu Masjid Selat. Masjid ini terletak di pulau buatan yang dinamakan Pulau Melaka. Buat masa sekarang ini Pulau Melaka belum ada penduduk lagi tapi masjid dah ada. Namun begitu, bila buat solat Jumaat, jemaah yang hadir ramai sekali. Bukan lah bermaksud jemaah masjid ini terdiri "orang-orang bunian" tapi jemaah masjid ini terdiri dari pekerja-pekerja yang bekerja di sekitar Banda Hilir, Melaka Raya , penduduk Banda Hilir, pelancong-pelancong serta jemaah yang ingin sesekali berjemaah di Masjid ini. Yang istimewa bila solat masjid ini, tak perlu nak pasang kipas angin sebab tiupan angin Selat Melaka seta bunyi air ombak menambahkan lagi kekusyukan dalam bersolat. Sekali imbas bila tengok masjid ini, seolah-olah terapung di atas air. 

Kedudukan Masjid ini memang tersembunyi. Tapi kalau kita nak solat, terselindung macam mana pun bukan menjadi sebab untuk tak nak solat. Bila anda datang ke pusat pelancongan Banda Hilir, datanglah ke masjid ini untuk bersolat dan selepas itu bawalah juadah makan tengahari ke, sarapan pagi ke, makan malam ke sambil menikmati pemandangan indah persekitaran masjid ini. Tenangkan fikiran. 


Disediakan wakaf-wakaf (pondok) lengkap dengan meja dan kerusi atau makan sambil bersantai ditepi Menara Masjid. Sampah-sampah hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan. Tong sampah di wakaf tersebut berbentuk perigi (maaf ye, terlupa nak ambil gambar tong sampah tu). Kreatif gak. Pili-pili air disedikan untuk basuh tangan. Jaga kebersihan tau. Islam kan bersih dan bersih itu melambahkan keimanan seseorang.


Diwaktu malam, pemandangan masjid ini begitu indah sekali. Deruan angin dan ombak sungguh mengasyikan.


Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham dari YAB Datuk Seri Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dulu.