SEJARAH PERIGI HANG LI POH
Perigi ini juga dikenali dengan nama Perigi Raja dan dipercayai perigi yang tertua di Malaysia. Ianya telah digali ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka 1458 -1477) untuk isterinya seorang puteri dari Negeri China iaitu Puteri Hang Li Poh.
( Aku rasakan puteri ini mesti cantik )
Perigi ini dinamakan Perigi Hang Li Poh atau Sam Poh. Perigi ini terletak di terletak di lereng Bukit China. (Sapa yg pernah datang ke Melaka kalau tak nampak Bukit China ni kira kiranya dah teruk ler tu. Kita teruskan cerita sejarah tu)
Air dalam perigi ini bersih dan boleh diminum dan sesiapa yang pernah meminum air dari perigi ini pasti akan balik ke Melaka semula. ( Ya ker, bole caya ke, aku hanya baca sinopsis yg kat papan tanda tu aja).
Pada tahun 1551, askar-askar dari Johor membubuh racun ke dalam perigi tersebut dan mengakibatkan 200 orang askar Portugis telah mati. Pada tahun 1606 pula, askar Belanda telah meracunkan perigi tersebut dan diikuti oleh askar dari Acheh pada tahun 1628 dan 1629.
Setelah Belanda berjaya menmakluki Melaka, mereka sedar akan kepentingan perigi tersebut. Mereka telah mendirikan kota kecil lengkap dengan meriam di sekeliling perigi tersebut supaya tidak diisi dengan racun pada masa akan datang.
(kalau anda datang ke perigi ini, penerangan ini menggunakan perkataan-perkataan lama dan sepatutnya dah lama merdeka ni nampak sangat pihak Muzium Melaka (Perzim) tak pernah nak jenguk kat sini)
Itulah sejarah ringkas perigi Hang Li Poh ini. Saya selalu 'melintas' di kawasan ini dan jarang melihat orang-orang Melayu ke, India ke dan lain-lain bangsa melawat perigi ini. Tapi, dia sangat popular pada pelancung-pelancung berbangsa Cina baik dari dalam negeri hingga luar negeri. Rasanya sebab agensi-agensi pelancongan memang dah aturkan lawatan ke perigi ini.
Teringin gak nak bawa keluarga melawat perigi ini sebab rasanya baru sekali aja aku melawat perigi ini bersama Allahyarham bapaku dulu masa kecik-kecik. Asyik nak melawat Perigi Hang Tuah dan perigi belakang rumah aku tu aja. Apa salahnya nak melawat perigi yg menjadi tanda tanya aku ni.
Masa percutian sekolah yg lalu, aku dgn bangganya mengajak keluargaku melawat Perigi Hang Li Poh. Sampai aja di kaki Bukit Cina, aku tengok ramai pelancong-pelancong berbangsa Cina. Perasaan malu pun ada sebab kami aja yg berbangsa Melayu. Kami terus masuk ke Tokong tersebut mencari "Perigi" tersebut. Mana eh??? Dalam hati ada tertanya-tanya. Kemudian ramai pelancong-pelancong berbangsa Cina melawat "Perigi" tersebut yg ada dibelakang tokong. Rasanya ini dialah periginya. Pelik pun ada sebab kecik aja. Kami pun bergambar kenangan.
Perigi Hang Li Peh |
Perigi Hang Li Poh |
Kalau anda datang ke Melaka, melawatlah perigi ini bukan sebab sejarahnya tapi sebab sejarah aku dan keluargaku.
salam. mohon exchange link. from Hazim Homestay Changlun Kedah(www.homestayhazim.blogspot.com)
ReplyDeleteok
ReplyDelete