Roti John Melaka

 Roti John @ Pantai Puteri Melaka 
Sekarang Han nak cerita & share tentang salah satu tempat roti john sedap kat Melaka. Kalau koang rasa mengidam, silalah ke Pantai Puteri aka Pantai Kundur, ada satu kedai ni namanya Berkat Roti John (kat tepi pantai). 

Roti John merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat pelbagai kaum di Melaka. Roti John sangat popular dan terkenal di Melaka. Ramai pelancong tempatan dan luar negara gemar menikmati keenakan Roti John di Melaka.

Selain rasanya yang sangat lazat, Roti John juga sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dari kanak2 sehinggalah orang dewasa. Roti John diperbuat daripada sejenis roti yang berbentuk panjang, bahagian dalam roti akan disaluti Sardin, tuna atau daging kisar campuran telur ayam dan bawang. 

Di Melaka, Roti John biasanya dihidangkan untuk makan malam atau makan lewat malammm, bukannya untuk sarapan pagi seperti di negeri-negeri lain. 

Kini, Roti John boleh didapati dimana-mana sahaja. Sekiranya anda ke Melaka, jangan lupa untuk mencuba kelazatan Roti John Barkat di Pantai Puteri.
 Roti John die mmg sedap.. leh dicicah2 dengan  sos  lagi....makan panas-panas  sedap...!
 
 Kat sini ada juga jual  ayam golek .. yummy2..!

 Signboard Restoran Barkat Roti John...
 
Cubalah... ! :') 

@gotomelaka.blogspot.com



Datang Melaka cari homestay seisi keluarga? Datanglah ke homestay kami! Pasti anda puas hati dan gembira dengan kami! 

No comments:

Post a Comment