Masjid Selat, Melaka

SOLAT SERTA BERISTIREHAT DI MASJID SELAT SELEPAS PENAT MELANCONG DI PERSEKITARAN BANDA HILIR


Kali ini, aku ingin utarakan lokasi yang menarik iaitu Masjid Selat. Masjid ini terletak di pulau buatan yang dinamakan Pulau Melaka. Buat masa sekarang ini Pulau Melaka belum ada penduduk lagi tapi masjid dah ada. Namun begitu, bila buat solat Jumaat, jemaah yang hadir ramai sekali. Bukan lah bermaksud jemaah masjid ini terdiri "orang-orang bunian" tapi jemaah masjid ini terdiri dari pekerja-pekerja yang bekerja di sekitar Banda Hilir, Melaka Raya , penduduk Banda Hilir, pelancong-pelancong serta jemaah yang ingin sesekali berjemaah di Masjid ini. Yang istimewa bila solat masjid ini, tak perlu nak pasang kipas angin sebab tiupan angin Selat Melaka seta bunyi air ombak menambahkan lagi kekusyukan dalam bersolat. Sekali imbas bila tengok masjid ini, seolah-olah terapung di atas air. 

Kedudukan Masjid ini memang tersembunyi. Tapi kalau kita nak solat, terselindung macam mana pun bukan menjadi sebab untuk tak nak solat. Bila anda datang ke pusat pelancongan Banda Hilir, datanglah ke masjid ini untuk bersolat dan selepas itu bawalah juadah makan tengahari ke, sarapan pagi ke, makan malam ke sambil menikmati pemandangan indah persekitaran masjid ini. Tenangkan fikiran. 


Disediakan wakaf-wakaf (pondok) lengkap dengan meja dan kerusi atau makan sambil bersantai ditepi Menara Masjid. Sampah-sampah hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan. Tong sampah di wakaf tersebut berbentuk perigi (maaf ye, terlupa nak ambil gambar tong sampah tu). Kreatif gak. Pili-pili air disedikan untuk basuh tangan. Jaga kebersihan tau. Islam kan bersih dan bersih itu melambahkan keimanan seseorang.


Diwaktu malam, pemandangan masjid ini begitu indah sekali. Deruan angin dan ombak sungguh mengasyikan.


Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham dari YAB Datuk Seri Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dulu.

BERIADAH DI TAMAN TEMA AIR MELAKA WONDERLANDS

 Assalamualaikum semua

Asyik bercerita tentang sejarah aja. Kali ini aku nak bawa bahan-bahan riadah pulak bila ke Negeri Melaka. Tengok aja tajuk, anda semua sudah tau bahan yang nak aku bawa kali ini adalah Taman Tema Air Melaka Wonderlands Ayer Keroh. Sebenarnya, kat Melaka ini banyak Taman Tema Air seperti A'Famosa Water World di Alor Gajah, Taman Buaya di Ayer Keroh, Kolam Air Panas di Gadek dan Kolam Air Panas di Bemban, Jasin. Semuanya itu best gak ler untuk aktiviti riadah. Nantilah, aku akan ceritakan tempat-tempat tu. Untuk kali ini, kita ke Taman Tema Air Melaka Wonderlands di Ayer Keroh, Melaka.


Kalau anda nak tengok kadar tiket untuk masuk seperti dibawah ini:-


Jam
Sel - Jum:
11.00pagi 
-
7.00 ptg
Sab - Aha:
9.00 pagi
-
7.00 ptg

Keterangan

Entrance ticket fee as below :

Adult
Weekday : RM26.00
Weekend : RM30.00

Child
Weekday : RM20.00
Weekend : RM25.00

Closed on Mondays except during School Holidays and Public Holidays


Yang paling gembira sekali disini adalah golongan kanak-kanak ler. Kalau golongan peringkat-peringkat datuk atau nenek, bolehlah tengok cucu-cucu mereka main air.  Peringkat umur pertengahan pulak, bole la layan anak-anak mandi. Mengurat-mengurat tak dibenarkan. Jangan nak buang tabiat eh.
Pengalaman aku yang tak best kat sini, bila dah habis mandi manda, time nak mandi dalam bilik air. Adalah makhluk mana datang gi berak kat bilik air. Sejengkal lagi aku nak terpijak taik dia. Binawe betul. Suweyyy..


Yang paling aku seronok sekali pulak, DJ dia amat menambat hati. Lagu Chickens Dances (betul ker aku eja ni). Sirammmm Sirammmm

DJ dia sedang menghibur pengunjung-pengunjung

SELAMAT BERIADAH





KENANGAN AKU KETIKA MELAWAT PERIGI HANG LI POH

sebelum aku nak cerita kenangan yang binawe tu, adalah lebih baik kita baca sejarah Perigi Hang Li Poh ini.

SEJARAH PERIGI HANG LI POH

Perigi ini juga dikenali dengan nama Perigi Raja dan dipercayai perigi yang tertua di Malaysia. Ianya telah digali ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka 1458 -1477) untuk isterinya seorang puteri dari Negeri China iaitu Puteri Hang Li Poh.
( Aku rasakan puteri ini mesti cantik )
Perigi ini dinamakan  Perigi Hang Li Poh atau Sam Poh. Perigi ini terletak di terletak di lereng Bukit China. (Sapa yg pernah datang ke Melaka kalau tak nampak Bukit China ni kira kiranya dah teruk ler tu. Kita  teruskan cerita sejarah tu)
Air dalam perigi ini bersih dan boleh diminum dan sesiapa yang pernah meminum air dari perigi ini pasti akan balik ke Melaka semula. ( Ya ker, bole caya ke, aku hanya baca sinopsis yg kat papan tanda tu aja).
Pada tahun 1551, askar-askar dari Johor membubuh racun ke dalam perigi tersebut dan mengakibatkan 200 orang askar Portugis telah mati. Pada tahun 1606 pula, askar Belanda telah meracunkan perigi tersebut dan diikuti oleh askar dari Acheh pada tahun 1628 dan 1629.
Setelah Belanda berjaya menmakluki Melaka, mereka sedar akan kepentingan perigi tersebut. Mereka telah mendirikan kota kecil lengkap dengan meriam di sekeliling perigi tersebut supaya tidak diisi dengan racun pada masa akan datang.
(kalau anda datang ke perigi ini, penerangan ini menggunakan perkataan-perkataan lama dan sepatutnya dah lama merdeka ni nampak sangat pihak Muzium Melaka (Perzim) tak pernah nak jenguk kat sini)


Itulah sejarah ringkas perigi Hang Li Poh ini. Saya selalu 'melintas' di kawasan ini dan jarang melihat orang-orang Melayu ke, India ke dan lain-lain bangsa melawat perigi ini. Tapi, dia sangat popular pada pelancung-pelancung berbangsa Cina baik dari dalam negeri hingga luar negeri. Rasanya sebab agensi-agensi pelancongan memang dah aturkan lawatan ke perigi ini.


Teringin gak nak bawa keluarga melawat perigi ini sebab rasanya baru sekali aja aku melawat perigi ini bersama Allahyarham bapaku dulu masa kecik-kecik. Asyik nak melawat Perigi Hang Tuah dan perigi belakang rumah aku tu aja. Apa salahnya nak melawat perigi yg menjadi tanda tanya aku ni.


Masa percutian sekolah yg lalu, aku dgn bangganya mengajak keluargaku melawat Perigi Hang Li Poh. Sampai aja di kaki Bukit Cina, aku tengok ramai pelancong-pelancong berbangsa Cina. Perasaan malu pun ada sebab kami aja yg berbangsa Melayu. Kami terus masuk ke Tokong tersebut mencari "Perigi" tersebut. Mana eh??? Dalam hati ada tertanya-tanya. Kemudian ramai pelancong-pelancong berbangsa Cina melawat "Perigi" tersebut yg ada dibelakang tokong. Rasanya ini dialah periginya. Pelik pun ada sebab kecik aja. Kami pun bergambar kenangan.


Perigi Hang Li Peh
Kami pun keluar dan bergambar di hadapan tokong tersebut. Tiba-tiba, mata kami tertumpu kepada kumpulan pelancong  ke sebelah kanan tokong. Lerrr... rupanya perigi Hang Li Poh bukan yg kat belakang tokong tu, dia terletak kat luar (berhampiran pintu masuk). 


Perigi Hang Li Poh
Terus saya gelarkan perigi kat belakng tu dengan nama Perigi Hang Li Peh. Dalam hati kami, macam-macam perasaan yg timbul. Patutler kami perasan semua mata-mata tertumpu pada kami. Binawe betul.


Kalau anda datang ke Melaka, melawatlah perigi ini bukan sebab sejarahnya tapi sebab sejarah aku dan keluargaku.

TAK LENGKAP BERKUNJUNG KE MELAKA JIKA TAK PEKENA IKAN BAKAR

Kalau anda berkunjung ke Melaka, amatlah ralatnya sekiranya tak pekena "Ikan Bakar". Ikan Bakar amat sinonim jika anda berkunjung ke Melaka. Tak silap saya, ianya mula-mula diperkenalkan di Medan Ikan Bakar Serkam pada tahun 1980an kemudian dikuti di Umbai, Merlimau, Alai, Duyung, Pengkalan Balak dan beberapa tempat lagi yang saya sendiri tak sempat nak berkunjung.
Kali ini saya cadangkan anda ke Hj. Nasir Ikan Bakar di Muara Sungai Punggur, Alai, Melaka. Terletak 9km dari Bandar Melaka menuju ke arah Muar. Perniagaannya bermula dari jam 6.00ptg sehingga jam 12.00mlm.    Sekiranya anda datang pada hujung minggu (malam sabtu/ahad), sebaiknya datanglah seawal selepas maghrib kerana terlalu ramainya pengunjung. Bukan setakat Medan Selera ini sahaja bahkan seluruh Medan Ikan Bakar di Negeri Melaka.Kebiasaan jenis ikan yang popular menjadi pilihan pelanggan adalah siakap, kerapu, jenahak, pari, cencaru dan macam-macam lagi lah. Selain ikan, jenis makanan laut yang popular seperti udang, ketam, sotong dan lain-lain. Boleh juga dibuat menu Tiga Rasa dan masak sambal.

PERIGI HANG TUAH

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Perigi ini adalah antara perigi-perigi ciptaan manusia menjadi cerita lagenda yang terkenal. Laksamana Hang Tuah merangkap Pahlawan Lagenda Laksamana di Melaka kira-kira 14 hingga 15 abad, adalah seorang yang kuat dan bijak untuk memberi khidmat kepada Kesultanan Melayu Melaka.
Legenda mengatakan bahawa Hang Tuah pernah membuat perjalanan ke Arab, India, Siam, Brunei, Jawa dan China sebagai diplomat Melaka dan dalam perjalanan itu dia telah memenangi semua dengan pejuang tempatan, lanun dan pengawal maharaja. Kunci keupayaan Hang Tuah adalah pada Keris Taming Sari yang boleh membuat dia kebal daripada apa-apa senjata.


Perigi ini dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut. Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

BUKIT CHINA - Melaka

BUKIT CHINA 


Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.



Nama Bukit Cina ini adalah berasal sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.
Anda jangan terkejut sebenarnya di puncak Bukit Cina ini terdapat Tanah Perkuburan Islam zaman dahulu.

PANCURAN AIR RATU VICTORIA


PANCURAN AIR RATU VICTORIA





Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.

Kadar Harga Terkini

Hubungi kami utk sebarang pertanyaan dan tempahan!


                                          
                         
                                       
                                          

               
                                          
                                        
                                     

Melawis Homestay Bukit Beruang Ayer Keroh Malacca Slideshow Slideshow

Melawis Homestay Bukit Beruang Ayer Keroh Malacca Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Melawis Homestay Bukit Beruang Ayer Keroh Malacca Slideshow Slideshow ★ to Malacca City. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
Kami juga boleh membimbing anda ke rumah untuk sesiapa yang tidak biasa dengan tempat Melaka ;
** 20mins ke Melaka town/Banda Hilir

** 10mins ke Ayer Keroh/Plus Toll

** 15mins ke Duyong/Ayer Molek

** 25mins ke Umbai/Other Ikan Bakar Places

** 20mins ke A Famosa Waterworld Resort, Melaka

Kawasan rumah tumpangan ini juga berhampiran bank-bank berdekatan, kawasan membeli-belah dan tempat-tempat menarik seperti:
** CIMB, Maybank, Public Bank, AMBANK

** Jaya Jusco, Melaka Mall, Mydin MITC,Kota Fesyen

** Malacca International Bowling Centre (MIBC), Kompleks Belia & Sukan Melaka,
MBMB/MSN Sport Centre

** Melaka Internationl Trade Centre(MITC), Mini Stadium Bestari Ayer Keroh

** Zoo Melaka,Tmn Buaya,Tmn Botanikal,Tmn Mini Malaysia,Tmn Mini Asean, etc.

** Ayer Keroh Toll

** Pantai Hospital, Multimedia University(MMU) and UTEM.

Melawis Homestay

Kami ada menyediakan khidmat rumah tumpangan di Bukit Beruang, Ayer Keroh Melaka . Jika anda ada berminat sila hubungi kami di talian 019-6566507http://www.facebook.com/melawishomestays


Kami juga menyediakan 1 rumah teres di Bukit Beruang, dengan berperabotan yang lengkap. Juga kami menyediakan 3 bilik dengan 2 bilik air ..

 
BILIK  2
3 bilik dengan 1 king bed super (bilik 1 + aircon)  
almari pakaian , kipas , cermin , meja & kerusi

BILIK 1
2 katil single (bilik + aircon)  
almari pakaian , kipas , cermin , meja & kerusi
 BILIK 3
 2 katil single
almari pakaian , kipas ,cerrmin, meja & kerusi





Ruang tamu dengan sofa, meja makan, tv, & Astro 
Peti sejuk, dapur dan cerek