Pakar sejarah yakin pahlawan Hang Tuah bukan mitos



Naib Pengerusi DBP, Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (tengah) mempengerusikan forum Hang Tuah Wira Bangsa di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyelidik sejarah menyangkal dakwaan mengatakan kewujudan Hang Tuah hanya sebagai mitos kerana pahlawan Melaka itu ada disebut di dalam 52 naskhah buku Melayu lama.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hasim berkata, walaupun dokumen itu hanya kajian secara lisan tetapi ia merupakan sumber yang boleh diterima.
“Hang Tuah bukan satu mitos sedangkan kubur serta banyak lagi penulisan sejarah menceritakan tentang ketokohannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Sejarahnya bukan disebut dalam buku sejarah di negara ini sahaja malah Hang Tuah juga wujud di beberapa tempat seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan China,” katanya pada forum Hang Tuah Wira Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment